Sunday 6 September 2015

SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID

SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID
  • ialah solat sunat mu’akkad‘ selamat datang’ bagi menghormati masjid. 
  • dilakukan sebanyak dua rakaat 
  • sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

Tertib DAN CARANYA:-

Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at.

1. Niat solat sunat tahiyatul masjid :





2. Menunaikan solat sunat dua raka'at seperti biasa tetapi hendaklah diniatkan seperti diatas.

3. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

  • Raka’at pertama – Al-Kafirun.
  • Raka’at kedua – Al-Ikhlas.
surah-surah lain juga tidak dilarang.

Kesalahan yang sering berlaku:-  Solat Sunat Tahiyatul Masjid


1. Jika seseorang itu telah masuk ke masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka sudah tiada Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.

2. Sekiranya duduk itu dengan bersebab terlupa. maka ianya dibahagikan kepada 2 keadaan.

a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
b. Jika terlupa yang lama waktunya, kemudian teringat kembali ,maka tidak dibolehkan baginya untuk bangun bersolat sunat tahiyatul masjid.

No comments:

Post a Comment