Monday 7 September 2015

3 AMALAN YANG PALING DICINTAI ALLAH SWT




3 AMALAN YANG PALING DICINTAI ALLAH SWT

  1. Solat tepat pada waktunya
  2. Berbakti kepada ibu bapa 
  3. Jihad menegakkan agama ALLAH SWT. 


Riwayat ini berasal dari Abdullah bin Mas’ud dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya.



1.solat tepat pada waktunya.

  • hal ini kerana solat itu merupakan tiang agama, sekiranya tidak dijaga dengan sempurna maka ianya seperti rumah yang di dirikan tanpa tiang. Sudah semestinya rumah tersebut tidak kukuh dan teguh.
2.Berbakti kepada ibubapa.
  • selalu sangat diuar-uarkan kepada semua bahawa kepada sesiapa yang derhaka kepada ibubapa, maka mereka adalah dikalangan orang-orang yang dihumban kedalam api neraka.


3. Jihat menegakkan agama allah.

  • Sesungguhnya musuh islam tidak pernah berhenti daripada berusaha untuk memesongkan dan meruntuhkan agama allah serta menyeksa sahabat seagama dengan kita. 

  • Oleh itu, jihad ialah wasilah dan cara untuk memelihara hak Allah dan hak manusia.

Sunday 6 September 2015

SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID

SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID
  • ialah solat sunat mu’akkad‘ selamat datang’ bagi menghormati masjid. 
  • dilakukan sebanyak dua rakaat 
  • sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

Tertib DAN CARANYA:-

Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at.

1. Niat solat sunat tahiyatul masjid :





2. Menunaikan solat sunat dua raka'at seperti biasa tetapi hendaklah diniatkan seperti diatas.

3. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

  • Raka’at pertama – Al-Kafirun.
  • Raka’at kedua – Al-Ikhlas.
surah-surah lain juga tidak dilarang.

Kesalahan yang sering berlaku:-  Solat Sunat Tahiyatul Masjid


1. Jika seseorang itu telah masuk ke masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka sudah tiada Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.

2. Sekiranya duduk itu dengan bersebab terlupa. maka ianya dibahagikan kepada 2 keadaan.

a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
b. Jika terlupa yang lama waktunya, kemudian teringat kembali ,maka tidak dibolehkan baginya untuk bangun bersolat sunat tahiyatul masjid.